Hai . lama kita tak date bersamakan? hehe . Yela . sekarang saya busy sikit .Nak buka blog ni pun terpaksa curi masa sikit .hermm ! Apa perkembangan korang? kalau saya pula , Sekarang saya sedang menuntut di tingkatan 6 . hermmm orang kata pra diploma . Saya ambik jurusan kemanusiaan . Haa !kalau dah jurusan kemanusiaan tu maknanya nak kena mengadap BM , PA , SEJARAH , MUET DAN KMK . Apa itu KMK ? korang tekalah ek ! hehe . Kalau dulu saya masih boleh main2 ketika belajar , masih boleh buat "dunno " jer . Tapi sekarang nak taknak mesti fokus! Yela pra diploma katakan dan sekarang guna sistem modular . Bila sebut sistem modular ini, cara belajar pun sama dengan pelajar di universiti belajar . Dah takda dah nota yg diberi cikgu bagai . Harus cari sendiri . Sebab itu jugak sekarang saya makin rapat dengan pakcik google kita ni . Yelah kalau takde pakcik kita tu , macamana kerja saya nak siapkan . haha!
Nak kata stress itu ada jugak .yela awal2 lagi cikgu dah bagi kerja sekolah berlambak . Sampai2kan saya dah bagitau dekat mak dengan ayah saya nak berhenti dah . taklarat dah nak perah otak bagai . Herm korang teka lah macammana reaksi mak ayah saya bagaimana . haha! Ada jugak part yang tak best kalau masuk tingkatan 6 ini . sebab-sebabnya:
(a) Saya takut guru matapelajaran MUET . - sebab apa saya takut? saya takut sebab beliau sangatlah garang tahap dewa! huhhh . kalau waktu kelas cikgu tersebut mesti jer saya rasa nak terkencing terberak .
(b) Rakan karib aka bestie saya sudah kurang . - Alaaaa . yg ni saya tak tahan sangat . Wendy dan Stacy sudah jaoh sangat tinggalkan saya . seorang dekat uitm mukah seorang dekat politeknik .
TETAPI : ada juga part2 yg seronok masuk tingkatan 6 ni sebab boleh dapat kawan baru dll. :)
#so kepada sesiapa yang sekarang sedang menjadi pelajar STPM .. jom kita sama2 fight! CHAYOKK . Muah!
Sharing is Caring ma