Salam . Lama jugak saya tak update blogger saya . Rasa macam saya ni bila perlu jer baru jenguk sini kan . saya rasa kalau blog ni pandai bercakap memang blog ni akan kata macam ini " awak ini kan bila sedih jer update.bila susah cari bila senang awak buat tak endah " hermmm ! Agaknyalah kan . Hahah!
Tapi betul jugak .Sekarang ni pun saya rasa nak menitiskan airmata jer . Tapi saya ingat DIA . Saya tak boleh lemah kerana saya juga pernah alami keadaan lebih teruk dari ini .Dan ini ujian untuk saya sekali lagi dan saya mesti tabah . FIGHTING !
Ehermmm . Sengaja saya luahkan perasaan saya dekat blogger ini kerana saya tak tahan dah . nak mengadu dengan kekawan rasa menyusahkan pula .
Awak , sebelum saya berkata2 ini saya nak berterima kasih dulu pada awak kerana pernah menjadi sebahagian dalam hidup saya .memang saya tak nafikan awak adalah pengubat luka dihati saya . Awak hadir dalam hidup saya ketika saya masih kecewa dan awak telah berjaya membuatkan saya menjadi saya yang baru . yerrr AWAK! awak berjaya mengubah saya . betullah kan cinta itu buta . biarpun awak bukan yang pertama . kematangan awak , sikap awak membuatkan saya menerima awak .
Awak , selama kita masih dalam relationship dugaan yang kita tempuhi banyak . Tapi saya masih tetap bersama awak dan tak sekalipun saya tak rasa ingin nak mengalah .
No comments:
Post a Comment